Anda terasa bosan cuti kali ini? Anda ingin berkelah ataupun ingin berendam di kolam air panas. Jadi penulis sarankan datanglah ke Terengganu dan berkunjung di La Hot Spring, Jerteh. Yang pasti keinginan anda akan terlaksana. La Hot Spring merupakan tempat yang menjadi tumpuan samada dari kalangan pengunjung dalam dan luar negeri. Ia terletak di Kg. La, Jerteh dan jarak dari bandar Jerteh lebih kurang 30km.
Jika anda datang dari bandar Kuala Terengganu, anda boleh menghala ke Jerteh dan setibanya di papan tanda untuk ke La Hot Spring, teruskan perjalanan anda untuk sampai ke sini. Jaraknya dari bandar Terengganu lebih kurang 100km dan dari persimpangan untuk ke La Hot Spring lebih kurang 10km. Yang pasti anda takkan sesat. Apabila anda sampai ke sini bayaran yang dikenakan hanya RM2.
Berdasarkan apa yang penulis tahu kolam air panas ini bukan setakat untuk berendam malah air ini dapat meyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi terutama penyakit kulit. InsyaAllah dengan izin Allah penyakit yang dihadapi akan sembuh. Kolam air panas ini mengandungi sulfur yang merupakan sumber perubatan semula jadi, khususnya untuk kulit.
Di sini bukan sahaja terdapat kolam air panas tetapi sungai yang begitu jernih sesuai untuk bermandi-manda dan aktiviti memancing. Para pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti jungle tracking di Gunung Tebu, abseiling, berkhemah dan banyak lagi. Di kawasan ini juga sering menjadi pilihan untuk mengadakan pelbagai aktiviti atau program seperti kem motivasi, kepimpinan dan sebagainya.
Di sekitar kawasan ini juga terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya surau, pondok rehat dan tandas. Para pengunjung juga tidak perlu risau mengenai keperluan makanan atau keperluan lain kerana di sekitar kawasan ini terdapat banyak kedai makan dan kedai yang menjual keperluan seperti pelampung dan sebagainya. Jika para pengunjung yang datang dari jauh anda juga tidak perlu bimbang mengenai penginapan kerana di sini terdapat banyak chalet dan penginapan lain di sekitar kawasan yang berhampiran. Anda bolehlah datang ke sini untuk mengisi masa percutian anda sekeluarga.

No comments:
Post a Comment