Pada kali ini penulis ingin berkongsi mengenai satu tempat yang lebih dikenali sebagai Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyung Kuala Terengganu dan dulu dikenali sebagai Kelab Teluk Warisan. Ri-Yaz Heritage Resort & Spa adalah simbol negeri ini dengan kejayaan menjadi tuan rumah bagi kejohanan kapal layar Piala Monsun.
Lokasi pilihan pertama yang perlu dilawati sekiranya anda bercuti di Kuala Terengganu sudah pasti di Ri-Yaz Heritage dan anda tidak perlu bimbang untuk memikirkan segala perkara kerana segala-galanya ada di sini. Banyak pilihan penginapan yang disediakan untuk para pengunjung berdasarkan jenis bilik dan lokasi yang pasti ia memuaskan dan selesa.
Kepada anda yang masih tercari-cari lokasi untuk melansungkan perkahwinan dan bulan madu, anda bolehlah memahat memori bersama pasangan dengan memilih Ri-Yaz Heritage sebagai lokasi pilihan. Yang pasti memori anda di sini akan terpahat buat selama-lamanya. Di sini juga anda boleh memanjakan diri di Sembunyi Spa yang disediakan untuk rawatan jamu seperti rawatan badan dan muka, urutan badan dan sebagainya.
Terdapat dua restoran untuk menikmati pelbagai jenis hidangan dengan harga yang berpatutan iaitu Restoran Verandah dan Bytes Cafe. Antara pilihan menu yang ada di Restoran Verandah seperti makanan tradisional tempatan, Barat, sizzling dan pencuci mulut. Sambil menikmati hidangan para pengunjung akan dihiburkan dengan lagu-lagu dari kumpulan akustik pada setiap malam.
Bytes Cafe pula yang bertemakan kopitiam menyediakan hidangan seperti pisang goreng, keropok lekor, mee kari dan pelbagai lagi hidangan menarik. Sudah pasti menambahkan selera anda. Resort ini juga sentiasa mengadakan pelbagai promosi seperti bufet Ramadhan (bulan Ramadhan) dan hi-tea setiap Jumaat.
Sambil berehat dan menginap di sini, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti sukan seperti memancing, berenang, bersenam di gim, bersukan dengan sepak takraw, tenis, dan banyak lagi. Antara yang lain ialah jamuan rakyat, konsert mini dan pelbagai aktiviti sampingan. Juga ditempatkan bilik media, bilik persidangan dan kemudahan asas yang lain buat semua pengunjung.
Anda boleh melayari laman web Ri-Yaz Heritage untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi mengenai resort ini dan sudah pasti untuk membuat tempahan. Jadi siapa cepat dia dapat. Jangan terlewat mulalah dari saat ini untuk membuat sebarang tempahan dan menjadikan lokasi ini sebagai penginapan untuk anda sekeluarga.
No comments:
Post a Comment