Kali ini penulis ingin berkongsi apa yang menarik di Besut. Salah satunya ialah Pantai Bukit Keluang. Bukit Keluang ini lain daripada yang lain kerana lokasinya betul-betul menghadap laut dan berhampiran dengan pantai. Pemandangan pantai ini sangat cantik dengan kelihatan pulau-pulau kecil di sekitarnya, tebing yang landai sesuai untuk bermandi-manda dan ia juga sesuai untuk aktiviti santai atau berkelah bersama keluarga.
Bukan itu sahaja malah di Bukit Keluang ini juga para pengunjung yang sememangnya gemar dengan aktiviti mengembara hutan boleh mendaki bukit ini disamping boleh melihat pemandangan laut dan bandar Besut. Para pelajar atau mana-mana kakitangan juga gemar melakukan aktiviti mendaki di bukit ini. Buat pengetahuan, di sini juga pernah dijadikan lokasi penggambaran filem dan drama.
Di pantai ini juga terdapat jambatan kayu yang dibina di celahan batu dan para pengunjung boleh menikmati pemandangan laut yang terbentang luas sambil menghirup udara yang segar. Di sini juga terdapat pelbagai kemudahan seperti gerai-gerai makanan, pondok rehat dan restoran.
Jika para pengunjung yang datang dari jauh anda tidak perlu bimbang mengenai penginapan kerana di sekitar kawasan berhampiran dan Besut terdapat pelbagai pilihan samada chalet, resort atau hotel untuk menginap. Jadi apa tunggu lagi , jom kita ke Pantai Bukit Keluang.

No comments:
Post a Comment