Masjid Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih adalah masjid tertua di Terengganu. Ia terletak di Jalan Bandar Kuala Terengganu dan berhampiran dengan Stesen Bas Kuala Terengganu dan Istana Maziah.
Pada asalnya bangunan masjid ini adalah istana kayu yang dibina oleh Almarhum Sultan Zainal Abidin II dan sekarang diganti dengan batu dan mempunyai satu menara tinggi. Masjid ini amat unik kerana terdapat seni ukiran Khat Al-Quran, doa-doa di pintu dan sisi masjid. Selain itu mimbar di masjid ini juga mempunyai ukiran yang unik.
Banyak aktiviti dan program dijalankan oleh pihak yang menguruskan masjid ini seperti Kelas Al-Quran, Kelas Tahfiz, ceramah agama dan banyak lagi. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari laman web Masjid Abidin.

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete