Festival Pekan Budaya di Dungun sentiasa diadakan pada tiap-tiap tahun. Festival ini diadakan di dataran Merdeka pada 19 Jun sehingga 26 Jun 2010. Penulis dan keluarga juga mengambil kesempatan dengan berkunjung di dataran ini.
Terdapat pelbagai pameran dan jualan diadakan malahan disediakan permainan untuk memeriahkan lagi suasana. Di samping itu sepanjang festival ini berlangsung pelbagai aktiviti diadakan antaranya sukaneka rakyat, persembahan kebudayaan, artis jemputan, wayang kulit, pertandingan wau, melukis, gasing, congkak, sukan traditional dan banyak lagi. Jadi kebetulan datang ke Dungun singgahlah di festival ini.
Dengan adanya pelbagai persembahan dan pertandingan dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah sesama rakyat malah dengan adanya pelbagai pertandingan traditional dapat mengekalkan warisan terdahulu dan takkan tenggelam dek dunia pemodenan.
No comments:
Post a Comment