Laman Utama

Thursday, June 17, 2010

Ceritera 42 : Jom ke Pulau Kapas



Pulau Kapas adalah salah satu pulau yang ada di Terengganu dan menjadi tumpuan pengunjung dari luar malah pelancong luar negara. Pulau ini terletak di Laut China Selatan kira-kira 6km atau 20 minit dari Jeti Marang, Terengganu. Jarak Jeti Marang dari bandar Terengganu lebih kurang 20km sahaja.



Sesiapa yang pernah berkunjung ke sini semestinya dapat membayangkan bahawa betapa indahnya pulau ini dengan pelbagai jenis kehidupan laut, kejernihan air, laut yang tenang, pasir pantai yang memutih, dan suasana yang nyaman.



Para pengunjung yang datang untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan boleh mengisi masa dengan melakukan pelbagai aktiviti selain bersantai di pantai dan bermandi-manda. Antara kemudahan yang disediakan diving, snorkeling, squid fishing, camping, dan jungle trekking. Terdapat juga kemudahan lain seperti resort, kedai, restoran dan kolam renang.






Para pengunjung yang datang ke sini sudah pasti akan 'enjoy' dan pulang dengan seribu kenangan. Jadi bermula saat ini anda boleh merancang percutian anda untuk ke Pulau Kapas.


No comments:

Post a Comment