Laman Utama

Thursday, June 17, 2010

Ceritera 41 : Noor Arfa Batik


Batik juga merupakan antara jualan yang terlaris dan popular di Terengganu. Noor Arfa Batik adalah satu industri tempatan yang terkenal samada di dalam dan luar negara. Kompleks Noor Arfa terletak di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu. Noor Arfa Batik juga mempunyai banyak cawangan yang menjual batik keluarannya. Apabila para pengunjung datang ke Terengganu jangan lupa untuk ke Noor Arfa Batik samada untuk membeli atau melihat proses-proses untuk membuat batik.



Kebiasaannya juga banyak rombongan lawatan diadakan ke sini samada dikalangan pelajar sekolah atau ipt, syarikat dan sebagainya. Apabila ke sini para pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana batik diperbuat samada mencanting, mewarna dan lain-lain. Produk batik juga terdiri daripada beg tangan, bekas pensel, kasut, songket, tali leher, dan banyak lagi.


Para pengunjung boleh ke mana-mana cawangan Noor Arfa Batik yang ada di sekitar Terengganu antaranya di Pasar Besar Kedai Payang untuk membeli hasil pengeluaran dari mereka. Harga jualan juga berpatutan dengan kualiti batik pengeluaran mereka. Batik ini diperbuat daripada pelbagai jenis kain dan sememangnya cantik dan berkualiti. Kepada anda yang mengadakan rombongan ke Terengganu bolehlah mengambil peluang untuk singgah di Chendering untuk melihat pengeluaran mereka dan membeli batik dari Noor Arfa. Untuk keterangan lanjut anda boleh ke sini.

No comments:

Post a Comment