Pada kali ini juga Terengganu masih mengekalkan kejuaraan dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang ke-13 yang diadakan di Melaka sebagai tuan rumah berlangsung dari 10 hingga 19 Jun baru-baru ini. Tahniah kepada kontinjen SUKMA Terengganu dan ini juga merupakan kemenangan besar bagi Terengganu.
Dalam kejohanan SUKMA ke-13 ini, Terengganu telah meraih 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa sekaligus menjadi juara. Dengan kejayaan ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Said mengumumkan kenaikan pemberian insentif terhadap atlet yang berjaya merangkul pingat dalam kejohanan ini dan beliau meraikan kontinjen Sukma Terengganu yang diadakan di Padang Astaka Majlis Perbandaran Kemaman.
"Tahniah Buat Terengganu"
No comments:
Post a Comment