Laman Utama

Wednesday, June 23, 2010

Ceritera 53 : Kenali Penyu di Rantau Abang

Anda teringin nak tahu pasal penyu?Atau ingin bercuti bersama keluarga dan anak-anak? Di negeri ini sebut sahaja pasal penyu mesti orang akan tuju di Rantau Abang yang terletak di daerah Dungun. Di sini terdapat satu santuari penyu dan jarak dari bandar Dungun ialah 22km dan dari Terengganu lebih kurang 80km.

Di pantai Rantau Abang ini merupakan pendaratan penyu-penyu untuk bertelur di antara bulan Mei hingga Ogos. Jadi kalau anda sekeluarga ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai segala-galanya tentang penyu bolehlah mengisi masa berkunjung di santuari ini. Para pengunjung yang datang ke sini juga akan diberi penerangan oleh pihak bertugas sambil melihat pameran-pameran yang disediakan.

Jika anda ingin melihat sendiri penyu mendarat semestinya anda terpaksa menunggu pada waktu malam sehingga subuh untuk menanti kehadiran penyu. Semestinya seronok dan memberi pengalaman baru untuk anda melihat sendiri penyu. Penyu dan telur penyu adalah dilindungi supaya spesis ini tidak pupus dan terus wujud. Buat pengetahuan penyu belimbing atau penyu raksasa ini sering kali mendarat di Pantai Rantau Abang untuk bertelur.


Jadi anda sekeluarga bolehlah datang ke sini dengan membawa anak-anak untuk mengisi masa percutian di santuari Rantau Abang ini. Selitlah tempat ini di dalam jadual percutian anda. Yang pasti anda tidak akan menyesal dan meninggalkan kenangan manis buat anda sekeluarga.


No comments:

Post a Comment