Adakah dikalangan anda tidak kenal dengan kuih yang diberi nama 'Akok'? Jika ya, jom kita berkenalan dengan akok. Kuih ini memang sedap. Secara ringkasnya akok merupakan kuih traditional yang sangat popular di Pantai Timur khususnya Terengganu dan Kelantan. Walaupun kuih ini rasanya agak manis tetapi penulis amat menyukainya.
Di sekitar Terengganu ini memang banyak kedai atau gerai yang menjual kuih ini samada kedai khusus yang menjual akok sahaja yang dibakar pada masa itu juga dan lebih menyelerakan apabila dimakan panas-panas lagi. Antara yang lain seperti di Pasar Besar Kedai Payang, pasar utama, pasar malam dan kedai makan. Ia juga dijual dengan harga yang murah.
Cara penyediaannya juga menarik kerana lain daripada yang lain. Semestinya yang ingin membakar kuih akok ini memerlukan kesabaran kerana terpaksa bertahan dengan asap api untuk menghasilkan kuih akok yang begitu menyelerakan dan enak dimakan. Begitulah pengorbanan si pembuat untuk memuaskan hati para pelanggannya. Apabila para pengunjung datang ke Terengganu semestinya mudah untuk mendapatkannya. Sesiapa yang belum merasainya, berkeinginan atau sukar mendapatkannya bolehlah mula membuat perancangan untuk ke Terengganu. Sudah pasti para pengunjung akan memperolehinya.
No comments:
Post a Comment