Laman Utama

Wednesday, June 16, 2010

Ceritera 40 : Laksam / Laksa

Laksam

Laksam atau laksa merupakan salah satu makanan istimewa di Terengganu. Laksam atau laksa biasanya boleh didapati samada di gerai atau kedai makan dan pasar di sekitar Terengganu ini. Laksam atau laksa dibuat daripada gandum dan tepung beras manakala kuahnya pula daripada isi ikan yang dikisar dan dimasak bersama santan. Penulis cadangkan untuk mendapatkan laksa, anda boleh perolehi di Pasar Besar Chabang Tiga, Kuala Terengganu tidak jauh dari bandar.

Laksa

Tidak ketinggalan bahan lain yang dicampur bersama laksam atau laksa berserta kuah iaitu ulaman, belacan dan lada. Ibu penulis juga biasa membuat laksam dan sememangnya mudah untuk menyiapkannya. Kebiasaanya dijadikan menu makan pagi dan ia juga merupakan salah satu kegemaran penulis.


No comments:

Post a Comment