Anda pening memikirkan tempat untuk menginap apabila berkunjung ke Terengganu? Jangan bimbang kerana banyak tempat penginapan disediakan di sekitar Terengganu. Salah satunya di Batu Rakit yang diberi nama Gem Beach Resort.
Apabila anda sekeluarga menginap di Gem Beach Resort, yang pasti pengalaman dan kenangan disini tidak akan anda lupakan. Jarak dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 25 km. Seperti biasa namanya resort sudah tentu berhampiran dengan pantai. Lokasi bilik yang menghadap lautan sudah pasti memberi kenikmatan dan keseronokan kepada anda sekeluarga. Sambil berehat anda boleh bermandi-manda dan melakukan pelbagai aktiviti di sekitar resort ini.
Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung seperti dewan besar, dewan seminar, restoran, kolam renang, gim, padang bola pantai, padang bola jaring dan banyak lagi. Selain berehat bersama keluarga, resort ini juga tumpuan kakitangan kerajaan atau syarikat-syarikat swasta, sekolah-sekolah mahupun ipta mengadakan program atau bengkel di resort ini. Pakej-pakej yang ditawarkan juga banyak pilihan dengan harga yang berpatutan.
Jika anda ingin menginap atau masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk mengadakan seminar atau program bolehlah mula membuat tempahan dari sekarang. Anda boleh melawat ke laman web Gem Beach Resort untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai resort ini.
No comments:
Post a Comment