Laman Utama

Saturday, June 26, 2010

Ceritera 61 : Persinggahan di Dataran Shahbandar

Hujung minggu baru-baru ini pada malam hari penulis sekeluarga sempat singgah di Dataran Syahbandar. Ketika itu satu ekspo jualan diadakan di dataran ini. Pelbagai aneka barangan dijual antaranya pakaian, selipar, tudung, barang mainan dan banyak lagi. Keriuhan di tapak ekspo ini ditambah pula dengan kunjungan orang ramai untuk berehat dan bersantai bersama keluarga dan teman-teman sambil menonton skrin layar yang baru disediakan.


Buat pengetahuan satu tarikan baru di dataran ini ialah skrin layar yang disediakan oleh kerajaan Terengganu supaya dataran ini sentiasa meriah dengan kunjungan sekaligus dapat membendung gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti masalah rempit. Jadi dengan adanya skrin ini para pengunjung daripada pelbagai golongan boleh mengisi masa dengan menonton siaran di skrin ini sambil berehat.

Skrin layar ini baru sahaja dibina dan mula beroperasi sejak bermulanya perlawanan bola FIFA World Cup 2010. Selain itu para pengunjung juga boleh menonton pelbagai program seperti di rumah anda malah kemudahan ASTRO juga disediakan.


Bagi pendapat penulis, dengan kewujudan ini suasana baru di bandar Terengganu dapat menarik warga setempat dan para pelancong untuk berkunjung ke sini. Penulis sendiri dapat merasai keindahan dan kemeriahan malam apabila berada di sini. Jadi kalau anda rasa nak kelainan daripada yang biasa, apa lagi jom ke Dataran Shahbandar. Anda nak membeli boleh, nak 'relax' boleh, nak tengok bola atau siaran lain kat skrin layar pun boleh.



2 comments:

  1. Dataran shahbandar...erm my favourite place..
    kalo pegi bndr Trganu..comfirm pegi dataran shahbandar..waktu kemuncak kemeriahannya pada waktu petang hinnga la lewat malam.. Cantek!
    Mlm2 tgu adik balik keje, cnfirm duk lepak2 dulu dgn fmily kt sini..

    ReplyDelete
  2. bg saya pun tempat ni memang sesuai sgt nk relax..lgpun kat dataran ni berangin sokmo,,,jd best lah nk relax2.

    ReplyDelete