Apa yang seronok sangat naik beca??? Kalau anda belum ada pengalamannya bolehlah mencuba menaiki beca tentunya di Terengganu. Semestinya seronok kerana kenderaan ini bukan seperti bas, kereta atau motosikal tetapi kenderaan beroda tiga dan terdapat seorang pengayuh yang setia melayan para pengunjung sebagai penumpang mereka untuk ke destinasi yang diinginkan.
Pengangkutan yang dikenali sebagai beca ini sudah digunakan sejak dahulu lagi dan masih popular di sekitar bandar ini. Apabila para pengunjung datang ke bandar Terengganu sudah pasti para pengunjung akan melihat beca di sekitar bandar Terengganu ini. Kebanyakkannya bertempat di hadapan Kedai Besar Pasar Payang dan Stesen Bas Kuala Terengganu (MBKT). Pengangkutan ini biasanya bergerak di sekitar bandar ini sahaja. Bayarannya murah jika nak dibandingkan dengan kesungguhan pengayuh beca yang membawa para pengunjung ke destinasi.

Beca di Terengganu ini bukan setakat beca kerana beca yang ada disini amat unik dan menarik. Mereka sebagai tuan empunya beca bijak dan kreatif menghias beca masing-masing untuk menjadikan beca mereka menarik dan selesa untuk para penumpang. Antaranya dihiasi bunga-bunga, frame, radio dan banyak lagi.
Karnival atau program yang diadakan di sekitar Terengganu juga banyak menggunakan perkhidmatan beca antaranya pertandingan beca berhias, perarakan sempena Tahun Melawat Terengganu, perarakan ketika Siri Jelajah Promosi ABPBH dan banyak lagi. Para pengunjung yang datang ke Terengganu boleh mengambil peluang untuk mencuba menaiki beca yang ada di bandar ini.
No comments:
Post a Comment