Laman Utama

Thursday, June 24, 2010

Ceritera 55 : Trek Jogging di Bukit Bauk

Jom kita ke Bukit Bauk, Dungun. Bukit ini juga berhampiran dengan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan diantara bandar Dungun dan Paka. Kalau anda rasa nak bersenam ataupun nak redah hutan bolehlah ke Trek Jogging Rimba Bandar Bukit Bauk. Kebiasaannya trek ini dipenuhi oleh para pengunjung daripada pelbagai golongan samada pelajar-pelajar, golongan dewasa dan kanak-kanak pada waktu pagi dan petang.


Dengan disediakan laluan yang bertar dapat memberi keselesaan kepada para pengunjung serta dikelilingi pelbagai spesis pokok bernilai ratusan tahun sentiasa menjadi tarikan oleh para pengunjung. Anda yang berminat dengan aktiviti jungle tracking bolehlah mengambil peluang untuk ke sini. Pelbagai spesis tumbuhan yang boleh anda kenali di hutan simpan ini dan pelbagai cabaran akan anda tempuhi. Tiada cabaran tiadalah kenangan.



Dengan ketinggian 1000 kaki dari aras laut menjadikan trek ini sebagai tumpuan para pencinta alam dari pelbagai tempat untuk merasai sendiri pengalaman berada di rimba ini sambil melihat spesis tumbuhan yang ada disini. Di puncak, para pengunjung dapat menikmati pemandangan bandar Dungun yang begitu luas dan mengagumkan. Malah dapat melihat pemandangan di industri petrokimia Paka. Bukan itu sahaja di puncak bukit ini juga terdapat menara telekomunikasi seperti pemancar telekom, maxis,celcom dan siaran televisyen.



Para pengunjung berpeluang untuk masuk ke bilik pemancar untuk melihat dengan lebih dekat lagi. Apabila anda berkunjung ke sini tidak kira samada bersama keluarga atau teman-teman yang pasti menyeronokkan secara langsung dapat menyihatkan tubuh badan anda. Lagipun trek ini sememangnya jauh dari kesibukan dan keriuhan bandar Dungun membuatkan anda dapat berehat sepuas-puasnya.

Kepada para pengunjung yang bercuti di Terengganu bolehlah mengisi masa pada waktu pagi ataupu petang untuk ke sini. Ataupun kepada warga Terengganu yang belum pernah sampai di trek jogging di Bukit Bauk ini bolehlah mulakan perancangan untuk ke sini bersama keluarga atau teman-teman. Sihatkan tubuh badan anda dan peliharakanlah alam semulajadi.


1 comment:

  1. salam
    macam kenal je pic 2 keping kat bawah tuh
    nice blog, keep it up

    ReplyDelete