Ada sesiapa yang belum pernah ke Pulau Perhentian atau berfikir untuk berehat jauh dari kesibukan kota? Jom bercuti ke Pulau Perhentian, Besut yang merupakan salah satu pulau cantik yang jauh dari pencemaran. Buat pengetahuan, disini terdapat dua pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Yang pasti perjalanan anda ke sini tidak akan rugi dan mencatat banyak memori indah di Pulau Perhentian.
Untuk ke Pulau Perhentian para pengunjung boleh ke Jeti Besut dan perjalanan untuk ke sana memakan masa lebih kurang 20 minit. Seperti di pulau-pulau lain di Terengganu, Pulau Perhentian juga tidak kurang hebatnya. Dengan airnya yang jernih bak kristal dan suasana yang nyaman sesuai untuk berehat dan melapangkan fikiran.
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan antaranya barbeku, snorkeling, berenang, memancing, merentas hutan dan sebagainya. Pulau ini kebiasaanya menjadi tumpuan para penyelam untuk menyelam sambil melihat kehidupan laut yang beraneka warna yang masih terjaga. Bersantai di pantai yang tenang, bermandi-manda, bersantai dibuaian diiringi deruan ombak sudah pasti membawa seribu makna untuk anda. Terdapat pelbagai spesis kehidupan laut yang dapat kita terokai dan lihat apabila ke sini.
Banyak penginapan yang disediakan dan para pengunjung boleh memilih mana-mana mengikut citarasa masing-masing antaranya Perhentian Island Resort dan Coral Bay Chalet . Banyak pengalaman dan kenangan akan anda perolehi apabila berkunjung ke sini. Anda boleh memilih pulau ini sebagai tempat percutian pada kali ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik disini.

No comments:
Post a Comment