Laman Utama

Sunday, June 13, 2010

Ceritera 36 : Pantai Tanjung Jara


Pantai Tanjung Jara adalah salah satu tempat peranginan di Dungun. Jarak pantai ini dari bandar Dungun lebih kurang 20km dan dari Kuala Terengganu lebih kurang 45km. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sekitar pantai ini seperti berkayak, menaiki bot, menyelam dan banyak lagi. Anda yang gemar dengan aktiviti sukan air boleh meluangkan masa untuk berkunjung ke pantai ini. Pantai ini juga merupakan tumpuan seisi keluarga untuk berkelah dan bersantai pada sebelah petang dan hujung minggu.

Para pengunjung juga boleh menyaksikan penyu di malam hari apabila tiba antara bulan Mei dan September kerana pada masa ini penyu-penyu akan naik ke pantai untuk bertelur. Para pengunjung yang datang dari jauh boleh menginap mana-mana penginapan yang berdekatan dan salah satunya ialah Tanjung Jara Resort. Kedatangan para pengunjung amat dialu-alukan.


No comments:

Post a Comment